resepi air punch

Nikmat sungguh kalau berbuka nanti dapat minum air yang sejuk dan menyegarkan tekak seperti resepi air punch mix fruit ini.

Memang nikmat bila dapat minum setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca panas yang menyebabkan kering tekak.

Gabungan rasa manis, masam dan wangi memang sangat refreshing! Kalian wajib cuba buat untuk berbuka puasa nanti ya!

Baca juga: Teh O Sparkling Fruit Punch, Gabungan Rasa Masam & Air Gas Sangat ‘Refreshing’

RESEPI AIR PUNCH TEA MIX FRUIT

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 5 cawan air
– 2 sudu makan bunga kekwa
– 4 biji apricot kering
– 1 ketul besar fungus putih
– 3 hingga 4 sudu makan gula perang organik (boleh ganti gula putih)
– 1 uncang teh Boh

Cara-cara:

1. Masak semua bahan di atas hingga mendidih dan renehkan selama 5 hingga 10 minit. Selepas itu, keluarkan uncang teh.

2. Dalam balang, letak hirisan 4 hingga 5 biji blackberries, 1/3 air laici bersama buah laici.

3. Kemudian, masukkan ais ke dalam balang dan tambahkan air rebusan bunga kekwa tadi. Boleh diolah pelbagai cara.

4. Siap! Sangat sedap dengan rasa masam, manis dan wangi. Selamat mencuba!

resepi air punch

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Air Chrysanthemum Pudina Asam Boi, Sangat Nikmat & Nyaman Bila Minum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN