air asam pekat

Air asam pekat memang antara pencicah wajib yang selalu buat hidangan jadi lagi berselera. Dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis, pencicah ini bukan saja sedap dimakan dengan ulam, malah cukup padu bila dipadankan dengan ikan bakar atau lauk goreng.

Air asam kalau pekat memang lain macam sedap dia. Semua rasa lebih ‘naik’ dan cukup padu. Tapi kalau cair sangat, memang kurang umphh. Makan pun rasa macam tak cukup!

Kalau anda tengah cari resipi air asam yang mudah tapi sedap, ini versi ala bonda yang confirm menjadi. Bahan ringkas, cara pun cepat dan hasilnya memang membuka selera!

Baca juga: Resepi Sos Pencicah Thailand Paling Simple, Ini Rahsia Sedap Macam Beli

RESEPI AIR ASAM PEKAT

air asam pekat

Bahan-bahan:

  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 5–6 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 5–8 biji cili padi (ketuk/hiris ikut pedas yang suka)
  • 1 inci belacan (bakar dulu)
  • 2 sudu besar air asam jawa (cairkan dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 biji limau kasturi (optional, tapi kalau letak lagi sedap)
  • Sedikit daun ketumbar (optional, untuk aroma wangi)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk belacan, cili padi dan bawang putih hingga hancur. Kalau suka tekstur lebih kasar, boleh tumbuk separuh.
  2. Masukkan air asam jawa yang sudah dicairkan, kacau sebati.
  3. Tambahkan tomato dan bawang merah yang dihiris, gaul rata bersama bahan lain.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  5. Kalau suka rasa lebih segar, perah limau kasturi ke dalam air asam.
  6. Akhir sekali, tabur sedikit daun ketumbar, gaul perlahan supaya semua bahan sebati.
  7. Siap untuk dihidang sebagai pencicah ulam, lauk atau lauk sampingan.

Sumber: Syazana Zaid

Baca juga: Resipi Sos Pencicah Buah ‘Power’, Nikmat Dia Sampai Meleleh Air Liur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN