resepi agar agar lumut

Pencuci mulut agar-agar ada penggemarnya yang tersendiri. Kali ini apa kata jom cuba resepi agar agar lumut ini pula.

Resipi perkongsian oleh Puan Umi Norma ini kurang manis dan sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan badan.

Menurutnya juga, agar-agar hasil air tangan beliau ini sangat digemari oleh ibu mertuanya yang dianggap sebagai ibu kandung sendiri.

Baca juga: Agar-agar Lumut Santan Gula Merah, Nikmatnya Dapat Makan Sejuk-sejuk!

RESEPI AGAR AGAR LUMUT

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali 30 gram
  • Air 5 cawan
  • Daun pandan 4 helai (kisar dan ambil airnya 1 cawan)
  • Telur 2 biji
  • Santan kara 1 kotak kecil
  • Sedikit garam
  • Gula 1 cawan
  • Pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar sehingga larut. Jika dah larut, baru masukkan gula.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan juga santan. Ketepikan.
  3. Bila agar-agar dah mendidih, masukkan air pandan dan pewarna hijau. Masukkan juga garam dan tunggu lagi sampai mendidih.
  4. Jika sudah mendidih, masukkan campuran telur dan santan tadi. Kacau dan biar sehingga mendidih.
  5. Padamkan api dan tuang ke dalam loyang.
  6. Sejukkan sebelum dipotong. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Umi Norma

Baca juga: Resipi Puding Trifle Versi Mini, Kecil Comel Je Senang Nak Makan!

Baca juga: Resipi Agar-Agar Cendol Yang Lembut & Lemak Manis, Makan Sejuk Lagi Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN