Categories: Resipi

Jom Cuba Acar Timun Sarawak Ini, Tak Sama Dengan Acar Timun Biasa!

Acar timun Sarawak ini sangat berbeza dari acar timun mentah yang biasa kita makan di kenduri. Acar timun ini sedap dimakan dengan keropok.

Apa yang berbeza, timun dan lobak harus diperap terlebih dahulu dengan cuka dan jemur di bawah matahari.

Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi penuh di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

RESEPI ACAR TIMUN SARAWAK

Bahan-bahan:

  • 300 gram timun – buang empulur – potong sepanjang 3cm
  • 150 gram lobak merah – kupas kulit – potong sepanjang 3 cm
  • 2 biji cli merah – buang biji – potong sepanjang 3 cm
  • 2 biji cili hijau – buang biji – potong sepanjang 3 cm
  • 2 sudu makan udang kering – rendam hingga lembut
  • 3 sudu makan cuka
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan bijan – disangai
  • Keropok secukupnya – yang sudah digoreng

Bahan-bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 biji cili merah
  • 5 biji cli padi
  • 3 cm halia
  • 3 biji buah keras

Cara-cara:

1. Perap timun dan lobak merah bersama cuka selama 4 jam.

2. Toskan dan kemudian jemur di bawah panas matahari sehingga kering – sebaiknya selama 1 hari.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.

4. Masukkan timun, lobak merah, cili merah dan hijau serta serbuk kunyit.

5. Gaul sebati dan kemudian perasakan dengan garam dan gula.

6. Angkat dan hidangkan.

7. Taburkan bijan di atasnya.

8. Enak dinikmati bersama keropok!

Kredit resipi dan gambar: Amie’s Little Kitchen

Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

6 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

6 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

6 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

7 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

8 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

8 hours ago