Categories: Resipi

Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi

Tak salah jika nak buat hidangan raya meskipun Hari Raya belum menjelma. Oleh itu, anda boleh lepaskan rindu dengan resipi Rendang Kerang ini.

Rendang merupakan hidangan utama yang wajib ada pada Hari Raya. Namun, sesetengah orang yang duduk di kampung turut menjadikan rendang sebagai menu sewaktu kenduri.

Selain menggunakan ayam dan daging, anda sebenarnya boleh cipta hidangan rendang lain dari yang lain seperti Rendang Kerang yang sungguh sedap.

Mariana Zainal telah kongsikan resipi Rendang Kerang yang menarik di Facebook dan membuat ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Rebus Kerang Tanpa Ambil Masa Lama, 1 Minit Je Dapat Isi Padat

RESIPI RENDANG KERANG

Bahan-bahan:

  • 2kg kerang
  • 1 biji kelapa
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 paket kecil kerisik (jika buat sendiri, guna 3 hingga 4 sudu besar)
  • 2 helai daun kunyit (hiris)
  • 1½ keping asam keping
  • 2 sudu besar gula pasir
  • ½ sudu besar garam
  • 1 sudu teh perasa
  • 2 senduk minyak masak

Bahan kisar:

  • 15 hingga 18 tangkai cili kering (jika nak pedas lagi, boleh tambah)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 hingga 6 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 6 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus kerang sekejap dan kopek, ambil isinya. Kemudian, ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, kisar bahan-bahan yang disenaraikan di atas dan ketepikan. Kemudian, kisar pula isi kelapa dengan 2½ cawan air, perah dan ambil santannya.

3. Seterusnya, panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar dan masukkan asam keping sehingga betul-betul naik minyak.

4. Setelah itu, masukkan kerisik, daun limau purut dan santan. Apabila kuah sudah mula pekat (sentiasa kacau, jangan sampai pecah santan), masukkan kerang.

5. Akhir sekali, letak garam dan perasa, kemudian tabur daun kunyit. Apabila kuah sudah pekat, boleh sesuaikan rasa dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Tak perlu tunggu Hari Raya untuk masak Rendang Kerang kerana ia boleh dibuat di rumah pada bila-bila masa dan lebih sedap dimakan bersama nasi impit.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Cara Masak Kupang Goreng Kunyit, Nak Pasir Hilang Segalanya Buat Langkah ‘Ini’

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago