Rendang Kacang Negeri Sembilan mungkin tidak diketahui oleh semua orang, tetapi kebanyakan orang Nismilan pasti tahu. Mari cuba resipi rendang kacang ayam yang sedap dan mudah ini.
Resipi ini dapat menjimatkan masa anda kerana hanya perlu memasak satu lauk. Mengapa satu lauk? Kerana rendang kacang ini sudah mengandungi ayam dan campuran sayur kacang panjang, jadi anda tidak perlu memasak ayam dan sayur secara berasingan.
Hidangan dari Negeri Sembilan dikenali dengan kepedasannya. Namun, dalam rendang kacang ini, hanya menggunakan cili padi hijau, jadi tidak terlalu pedas.
Baca juga: Rendang Maman Daging, Sajian Wajib Raya Negeri Sembilan, Resipi Mudah Di Sini
Resipi rendang ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Cik Puan Ain Qaseh. Beberapa komen menyebut bahawa rendang Negeri Sembilan tidak menggunakan santan kotak.
Ini mungkin benar, kerana penggunaan santan kotak dapat membuat rendang kurang berlemak. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada kesenangan masing-masing, kerana santan kotak mungkin tidak memberikan rasa segar seperti santan yang baru diparut.
RESIPI RENDANG KACANG CARA NISMILAN
Bahan-bahan kisar:
- Segenggam cili padi (kena banyak)
- 2 inci kunyit hidup
- 6 ulas bawang merah/ 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
Bahan-bahan lain:
- Kacang panjang (dilebihkan)
- 1 ekor ayam
- 3 batang serai (dititik)
- 2 keping asam keping
- Garam
- 1 biji kelapa (santan pekat)/ 1kg santan kotak
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar, serai, ayam dan santan. Gaul rata.
2. Kuah menggelegak, masukkan asam keping.
3. Masak sehingga agak kering dan masukkan sedikit lagi santan, kacang panjang & garam.
4. Gaul dan perasakan. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba.
Sumber: Mawar Putih
Baca juga: Sambal Tempoyak Daun Kayu, Resipi ASLI Negeri Sembilan