Kita sangat familiar dengan juadah rendang yang berunsurkan ayam serta daging terutama ketika musim perayaan. Tapi pernahkah anda mencuba rendang ikan tenggiri?
Kuah rendang ini sangat wangi dan jika digabungkan dengan isi ikan tenggiri, memang kesedapannya boleh pergi jauh!
Kalau anda mahu cuba menu ini, jom ikut resipi perkongsian di bawah ini.
Baca lagi: Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu
RESIPI RENDANG IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
- Beberapa keping ikan tenggiri yang telah digoreng
- Daun kunyit, dihiris halus
- Daun limau, dihiris halus
- Kerisik secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula Melaka secukup manis
- Santan (agak-agak secukupnya)
- Sedikit air asam (pastikan tidak terlalu banyak agar tidak terlalu masam)
- Rempah kari ikan Babas (agak-agak secukupnya)
Bahan-Bahan Kisar:
- Cili merah dan hijau
- Cili padi merah dan hijau (ikut tahap kepedasan yang diingini)
- Bawang merah kecil
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Ketumbar biji, jintan halus, dan jintan kasar
Semua bahan kisar ini hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan rasa yang sebati.
Cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau wangi serta terbit minyak.
2. Masukkan rempah kari ikan dan tumis lagi sehingga rempah masak dengan sempurna.
3. Setelah itu, masukkan kerisik dan sedikit air asam. Kacau rata supaya bahan-bahan sebati.
4. Kemudian, masukkan santan dan biarkan seketika supaya kuah mula pekat dan beraroma.
5. Perasakan dengan garam, gula Melaka, dan masukkan daun limau serta daun kunyit yang telah dihiris halus.
6. Akhir sekali, masukkan kepingan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan supaya ikan sebati dengan kuah rendang.
7. Perlahankan api dan biarkan rendang mereneh sehingga kuah menjadi pekat dan ikan menyerap segala perisa.
8. Setelah rendang cukup pekat dan ikan tenggiri telah sebati dengan kuah, tutup api. Rendang ikan tenggiri anda kini siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba! Rendang ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi panas atau lemang.
Sumber: Laila Aznam
Baca lagi: Rahsia Dadih Lembut & Bergedik Tanpa Serbuk Segera, Kena Tambah 1 Jenis Tepung Ini