Ini dia resipi rendang ayam Diva AA yang marvelous, masih tak terlambat lagi kan untuk korang try walaupun syawal dah hampir kepenghujungnya.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ini dia resipi rendang ayam Diva AA yang marvelous, masih tak terlambat lagi kan untuk korang try walaupun syawal dah hampir kepenghujungnya.
1 atau 1 1/2 ekor ayam
1 senduk cili kisar
1 kotak besar santan
1 sudu besar asam jawa
2 helai daun limau purut
Garam dan gula atau gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis
Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
2-3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
3 inci halia
4 ketul kunyit hidup
4 inci lengkuas
6 batang serai
4 ketul buah keras
Ayam potong 12 cuci sebersihnya dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan, bahan kisar dan cili kisar.
Kemudian, kacau dengan api yang perlahan dan biarkan masak sehingga pecah minyak. Lepas pecah minyak warna bahan tumisan akan berubah menjadi sedikit kuning keperangan.
Masukkan ayam satu per satu supaya tidak memercik dan biarkan masak dalam 15 minit.
Kemudian, masukkan santan dan diikuti dengan asam jawa. Kacau sehingga sebati.
Setelah kuah agak kering, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bila rendang dah masak taburkan hirisan daun kunyit.
Sedia untuk dihidangkan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…