Categories: Resipi

Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan

Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan.

Gulai atau kari memang menjadi kesukaan orang utara. Walaupun nampak simple tapi ada juga yang tak pandai nak buat kari. Lebih-lebih lagi resipi orang dulu-dulu.

Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!

Penggunaan rempah giling misalnya, menambahkan aroma dan rasa lebih sedap dibandingkan dengan serbuk kari sedia ada.

Dengan rasanya rempahnya yang harum ditambah dengan rencah yang enak membuatkan rasa kari atau gulai sangat sedap. Di makan bersama nasi putih panas-panas layan, apa lagi kalau di cicah bersama roti pun sudah sedap.

Ikuti resipi dari Encik Muhamad Farid Omar ini yang berkongsi menerusi laman Facebook. 


RESIPI REMPAH GILING GULAI

Bahan-bahan:

  • Rempah biji*
  • Jintan manis* (kalau sukatan dia mesti banyak sikit dari jintan putih)
  • Jintan putih*
  • Lada hitam*
  • Cili kering*
  • Kunyit hidup
  • Bawang merah (potong kecik-kecik)
  • Bawang putih

Cara membuat:

1. Ambil semua bahan-bahan yang bertanda * rendam dalam air panas (beberapa saat ja)kemudian toskan.

2. Untuk proses giling mula-mula giling dulu kunyit hidup bagi hancur sedikit. 

3. Kemudian, campur pula dengan bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi (teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan bawah) kalau betul teknik dia boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis.

4. Berapa lama rempah itu nak lumat bergantung pada skill kalau pandai giling sekejap je. Rempah pun tak terpercik merata.

5. Bila rempah dah lumat masukkan bawang merah dan bawang putih giling la pulak sampai bawang itu lumat dah siap lumat bulatkan rempah.

6. Dah siap rempahnya siap untuk digunakan.

Tips dan petua:

  • Masa giling rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
  • Kalau rempah tu agak kering boleh titiskan ayaq masa proses giling sebab tu kena giling kunyit hidup dulu kunyit ni akan keluarkan air.
  • Gulai nak sedap masa last sekali masuk kepala santan(paling pekat dari perahan pertama) kacau kejap dan terus tutup api.
  • Kalau ada periuk tanah lagi sedap sebab aroma rempah sangat wangi.
  • Salah satu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur panjang semua benda buat sendiri termasuk rempah guna minyak kelapa untuk tumis masakan.
  • Anak dara dulu-dulu wajib lulus dalam bab giling rempah ini baru orang masuk meminang
  • Kalau makan nasi dekat rumah orang zaman dulu rasa memang tak sama (guna rempah giling) sebab bergantung pada sukatan rempah masing-masing ada resepi dari warisan turun temurun ikut pulak darah keturunan berdarah campur lain pulak sukatan rempahnya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Gulai Betik Muda Dengan Ikan Kering, Lauk Tradisi Orang ‘Nismilan’

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago