resepi senang. bahan pun sedikit. lagi sedap kalau campur timun masak atau terung pipit dan terung telunjuk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talapia gulai tempoyak pahang

resepi senang. bahan pun sedikit. lagi sedap kalau campur timun masak atau terung pipit dan terung telunjuk.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan talapia – potong kepada beberapa ketul.. (ikan lain pun boleh)
  • 2 sudu tempoyak manis. kalau tempoyak dah masam kena tambah gula sedikit
  • 1 keping asam gelugur
  • beberapa helai daun kesum
  • 1 inci kunyit segar
  • beberapa ulas cili padi ikut selera masing-masing
  • air secukupnya
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk cili, garam, dan kunyit hingga lumat.
  • masukkan bahan tumbuk, ikan, asam keping, daun kesum, dan tempoyak ke dalam periuk. masukkan air separas tenggelam ikan sahaja
  • didihkan dengan api sederhana hingga ikan masak. rasa cukup x manis, masin, masamnya. kalau dah ok…boleh tutup api…
  • sedap makan dengan nasi panas + ikan masin goreng+ulam petai /jering…
    Selamat Mencuba… =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending