resepi drpd jiran yg berasal dr sarawak. suka sgt2 sampai dah jd main menu time raya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Sarawak

resepi drpd jiran yg berasal dr sarawak. suka sgt2 sampai dah jd main menu time raya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 biji bawang besar (3 biji dipotong/ 2 biji kisar)
  • 5-6 cili kering (dikisar)
  • Kicap pekat lemak manis ( slalu guna kicap Kipas Udang)
  • Air asam jawa
  • Gula, Garam, Ajinamoto sesedap rasa.
  • 1 biji kelapa (1/2 dijadikan kerisik, ½ lagi dijdkan santan) Santan hendaklah dimasak dahulu
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kuning
  • Masukan halia dan tumis sampai kuning
  • dan masukan bawang besar yg dikisar masak sampai kuning
  • masukakan cili kisar, masak sampai garing (pecah minyak)
  • Masukan daging, gaul rata bersama kuah
  • masukkan kicap, bawang potong, santan, gula, ajinamoto, air asam. Gaulkan sampai masak.
  • Lepas tu masukkan kerisik. Gaul rata dan bolehlah diangkat selepas seketika.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending