Bagaimana cara nak masak Raita?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Raita

Bagaimana cara nak masak Raita?

BAHAN-BAHAN

  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji tomato 
  • 1 biji capsicum hijau 
  • 1 biji capsicum merah 
  • ½ batang timun 
  • 1 labu bawang holland
  • 125 ml yogurt asli 
  • 30 g daun ketumbar (Dihiris kasar) 
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong dadu lobak merah, tomato, capcisum hijau, capsicum merah, 
      timun, dan bawang holland. 
    2. Masukkan ke dalam mangkuk besar. 
    3. Masukkan yogurt, garam, dan daun 
      ketumbar. 
    4. Gaul rata semua bahan sehingga sebati. 
    5. Sedia dihidangkan bersama nasi minyak ataupun nasi beriani. Ia juga 
      sesuai dimakan begitu sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending