Kepada penggemar prosperity burger mcdonald yang mengidam nak makan burger tu time selain daripada tahun baru cina…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Prosperity Burger

Kepada penggemar prosperity burger mcdonald yang mengidam nak makan burger tu time selain daripada tahun baru cina…

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan stok ayam (boleh guna kiub pati ayam dan air)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar (atau lebih) lada hitam (tumbuk)
  • 1/2 biji Bawang besar – potong dadu (untuk menumis)
  • 1/2 biji yellow onion – hiris memanjang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam/ gula mengikut tahap kesihatan masing-masing
  • Daging burger (ayam atau beef)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
  • Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  • Masukkan susu segar dan seterusnya lada hitam, kicap manis, sos tiram, marjerin
  • Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sehingga mendapat kepekatan yang diingini (yang macam kat mcdonalds punya tu.)
  • Garam dan gula mengikut tahap kesihatan masing-masing.
  • Asingkan kuah lada hitam yang telah siap dan ambil kuantiti untuk digunakan sahaja.
  • Masak daging burger, celupkan ke dalam kuah lada hitam tsebut dan letakkan di atas roti burger.
  • Hiaskan dengan hirisan yellow onion.
  • Prosperity burger siap untuk ditelan.
  • Klik untuk isi cara-cara di sini
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending