Hai, saya orang baru dari Sabah, mahu kongsi resipi Paceri Nenas. Ini versi keluarga saya, cuba lah…sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paceri Nenas

Hai, saya orang baru dari Sabah, mahu kongsi resipi Paceri Nenas. Ini versi keluarga saya, cuba lah…sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji nenas (kulit yang sudah kuning, kalau dapat yang manis, lagi baik)
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Udang kering setengah sudu kecil
  • Serbuk kari ikan 3 sudu besar (bancuh dengan air)
  • Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • Garam, gula dan serbuk perasa sedikit
  • Minyak untuk menumis 3 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
  • Bawang merah, bawang putih dan udang kering ditumbuk lumat.
  • Tumis bahan tumbuk dan rempah tumis hingga wangi.
  • Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan nenas yang telah dipotong kecil-kecil. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
  • Masak sampai nenas lembut dan keluar air. Selepas itu boleh lah dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending