Project Description

resepi kesukaan keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

nasi bukhari ayam

resepi kesukaan keluarga

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (tumis)
  • 1 ulas bawang putih -dihiris
  • 2 ulas bawang merah -dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 3-5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu minyak sapi untuk menumis
  • Bahan B (bahan-bahan lain)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibuat stok dengan 3 cawan air
  • 2 cawan beras basmathi/biasa -dibersihkan dan ditoskan
  • 1 batang daun ketumbar -dihiris halus
  • secubit garam
  • sedikit gula
CARA PENYEDIAAN
  • tumis semua bahan tumis hingga naik bau
  • masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak
  • masukkan ayam bersama stoknya sekali
  • masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar
  • masukkan beras
  • perisakan dengan garam dan gula
  • tutup periuk dan masak nasi seperti biasa

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.