Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan di bawah sebelum membuat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Air Siam

Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan di bawah sebelum membuat.

BAHAN-BAHAN

  • Nasi – dimasak sedikit lembik
  • Daging – 1/2 kilo
  • Halia – 5 inci -ditumbuk lumat
  • Cili padi (hijau atau merah) – segenggam
  • Cuka makan – 3 atau 4 sudu besar
  • Garam, gula sesedap rasa
  • (Bahan Tambahan):
  • Ikan bilis – digoreng garing
  • Bawang goreng
  • Bihun – 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • Air lada (cili) – sila rujuk cara membuat
  • Daun sup – dihiris halus-halus
  • Limau nipis/limau kasturi – dipotong (untuk diperah semasa makan)
  • **Bahan tambah – perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
CARA PENYEDIAAN
  • Masak nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  • Daging tersebut – dipotong besar-besar dan direbus dalam air yang banyak. Setelah masak – air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup untuk seisi keluarga (bagi yang suka kuah banyak) boleh tambah air lagi.
  • Daging yang direbus tadi – dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
  • Air lada – Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil, tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
  • Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk – masukkan air daging – masukkan semua bahan tambah – gaulkan semuanya. Boleh la dimakan, kalau tak cukup pedas – tambah air lada :)
  • TIP- bahan yang perlu digoreng ialah bihun, ikan bilis dan daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dengan bihun atau ikan bilis.
  • CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending