Resipi ini saya reka sendiri memandangkan asas membuatnya sudah ada. Ianya sangat mudah dibuat.Tak percaya,cubalah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Muffin pisang special

Resipi ini saya reka sendiri memandangkan asas membuatnya sudah ada. Ianya sangat mudah dibuat.Tak percaya,cubalah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
    280 grm tepung gandum
    1 sudu kecil baking powder
    1/2 sudu kecil sodium bikarbonat
    (Bahan2 diayak)

  • Bahan B:
    400 grm pisang (dilenyek)
    150 grm gula (Ini kurang manis)
    secubit garam
    (Dicampurkan sehingga rata)
  • BAHAN C:
    200 grm minyak masak (Seri Murni)
    3 bj telur ( dipukul dengan 1 sudu kecil essen vanilla-ditapis)
    50 grm susu (ideal milk)
    50 grm air
    (Dicampurkan kesemua sehingga sebati)
CARA PENYEDIAAN
  • Senang sahaja.Masukkan BAHAN C ke BAHAN B.Masukkan BAHAN A sedikit sedikit.Kacau hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam paper cup.Bakar 25 min dgn suhu 180 darjah. Kalau makan panas muffin akan terlekat di paper cup. Sejukkan dulu ok.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending