Project Description

Bagaimana cara nak masak Lempeng Ubi Kayu?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lempeng Ubi Kayu

Bagaimana cara nak masak Lempeng Ubi Kayu?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Lempeng)
  • 3 batang kecil ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • 2 sudu makan kelapa parut 
  • Sedikit gula 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Sambal)
  • 1 senduk cili kisar 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • ½ cawan air 
  • 1 sudu makan gula (Dibancuh dengan air)
  • ½ cawan ikan bilis 
  • 3 sudu makan minyak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Lempeng
    1. Basuh ubi kayu dan tuskan airnya. 
    2. Kisarkan ubi kayu. Kemudian tapis dan buang airnya. 
    3. Masukkan ubi kayu yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan garam, gula, dan kelapa parut. 
    4. Panaskan kuali leper, ambil sedikit adunan, dan tuangkan ke atas kuali. 
      Bentukkan adunan menjadi leper dan rata. 
    5. Masakkan sehingga garing dan balik-balikkan supaya kedua-dua bahagian masak sama rata. Kemudian angkat.
    Cara Membuat Sambal
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan cili dan bawang sehingga wangi. 
    2. Masukkan air asam jawa, gula, garam, dan ikan bilis. 
    3. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak. 
    4. Hidangkan lempeng ubi bersama sambal ikan bilis.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.