Cara buat kuzi menggunakan rempah sendiri.Sesuai bagi yang susah untuk mendapatkan rempah kuzi. Resipi ini dari Bonda.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuzi Ayam

Cara buat kuzi menggunakan rempah sendiri.Sesuai bagi yang susah untuk mendapatkan rempah kuzi. Resipi ini dari Bonda.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A- (Rempah)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Bahan B
  • 800 gram – 1kg ayam
  • sedikit saffron
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 inci halia
  • Minyak sapi untuk menggoreng
  • Bahan C
  • 150 gram bawang besar
  • 20 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 40 gram kismis
  • 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
  • Bahan D
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 200 ml susu sejat
  • Sedikit saffron
  • 1/2 cawan penyukat sos tomato
  • 700 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
  • Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.
  • Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.
  • Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
  • Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  • Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
  • Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending