Project Description

Bagaimana cara nak masak Kerabu Kacang Panjang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Kacang Panjang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Kacang Panjang?

BAHAN-BAHAN

  • 10 kacang panjang 
  • ½ kuntum bunga kantan 
  • 1 labu bawang besar  
  • 2 sudu makan kacang goreng (Ditumbuk kasar) 
  • 4 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • ½ mangkuk kecil udang (Direbus) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 10 biji cili api (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • Sedikit belacan (Dihiris kasar)
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong pendek dan rebuskan kacang panjang dengan sedikit garam sehingga lembut. Kemudian tuskan. 
    2. Hiris bunga kantan halus-halus. 
    3. Hiris bawang besar sederhana kasar. 
    4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.