Project Description

Sedapnya makan nasi panas berulamkan kerabu kacang botol

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Kacang Botol

Sedapnya makan nasi panas berulamkan kerabu kacang botol

BAHAN-BAHAN
    BAHAN A (untuk dikisar)

  • Cili Besar 5-6 biji
  • Bawang Besar 2-3 biji
  • Bawang Kecil 2-3 biji
  • Belacan 2-3 biji
  • Air Perahan Limau 1-2 biji
  • BAHAN B (untuk dipotong)

  • Timun Jepun 2 biji
  • Kacang Panjang (potong satu mangkuk kecil)
  • Bunga Kantan dihiris halus
  • Kacang Botol
  • Daun Selom
  • Bawang Besar
  • Tomato
  • BAHAN C (bahan perasa)

  • Lada Sulah
  • Garam
  • Mayonis
CARA PENYEDIAAN
    Cara-Cara

    1. Kisar semua bahan A,
    2. Masukkan semua bahan C kedalam bahan yang telah dikisar tadi. **mayonis buat sambal belacan lagi umph!
    3. Potong semua bahan B dan campurkan bersama bahan yang telah dikisar tadi dan gaul sehingga sebati.
    SIAP! sedia untuk dihidang!
    **Biasanya kerabu sedap dimakan ketika sejuk, baru FRESH!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.