Resepi yang ringkas dan cepat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Kukus Sri Kaya

Resepi yang ringkas dan cepat

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin kecil kaya
  • 1 1/2 cawan tepung gandum *
  • 4 sudu besar koko(optional)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil krim tatar *
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul gula perang dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  • Ayak bahan bertanda *
  • Masukkan susu pekat, kaya, esen vanila ,dan bahan * yang diayak tadi. Pukul adunan sebati dan bahagikan kepada empat bahagian. Warnakan adunan dengan warna merah, hijau, koko dan kuning.
  • Tuangkan adunan di dalam acuan secara berselang-seli dan kukus selama 10 minit setiap bahagian.
  • Untuk mengelakkan kek menjadi mendap, balut permukaan loyang dengan aluminium foil.
  • Selepas ituuntuk lapisan terakhir kukus selama 25 minit

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending