Diambil dari pelbagai sumber dan diolah sendiri supaya senang dan jimat kos nak buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Moist Mudah (Kukus)

Diambil dari pelbagai sumber dan diolah sendiri supaya senang dan jimat kos nak buat.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (ayak)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu segar (Dutchlady)
  • 1 sk esen vanila
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul minyak + gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga minyak dan susu segar betul- betul sebati.
  • Masukkan esen vanila dan telur satu per satu. Adunan akan nampak berbuih- buih bila dipukul tapi takpe jangan risau.
  • Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Masa ni adunan masih nampak berbuih tapi da kurang sikit la.
  • Tuang adunan atas loyang yang da disapu minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau hingga masak. Da masak tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang. Kek takkan melekat kat loyang. Smooth jer keluar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending