resepi istimewa orang jawa. penggunaan santan pekat dan cili padi yg banyak adalah rahsia “ummphh”nya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ikan talapia masak lemak cili padi dengan cekur

resepi istimewa orang jawa. penggunaan santan pekat dan cili padi yg banyak adalah rahsia “ummphh”nya

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan talapia (ikan keli, ikan pari boleh juga) disiang dan di belah dua dan basuh
  • 20 biji cili padi kampung (yang kecil2, pedas menyengat)
  • sejemput ikan bilis
  • sejemput cekur, dibasuh
  • 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih, kupas dan panggang sebentar hingga naik baunya
  • santan pekat dari 1-2 biji kelapa
  • sedikit garam dan perasa (optional)
  • sedikit daun cekur @ 3-4 helai daun limau purut dimayang
CARA PENYEDIAAN
  • panggang @ goreng ikan hingga cukup masak sahaja
  • satukan santan dengan ikan bilis, cekur, cili padi dan bawang, kisar hingga halus
  • masak campuran santan, masukkan garam, renehkan sekejap(mendidih perlahan). jangan sampai santan membuak , nanti pecah minyak, kuah nampak tidak cantik
  • rasa masinnya, masukkan daun cekur @ daun limau, angkat.
  • tuang kuah ke atas ikan semasa menghidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending