Resipi mudah dan sedap daripada mak. Sesuai dimasak sempena Ramadhan bagi mereka yang kesuntukan masa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Cencaru Sumbat

Resipi mudah dan sedap daripada mak. Sesuai dimasak sempena Ramadhan bagi mereka yang kesuntukan masa.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan cencaru (kalau kat jepun ni guna aji, pilih yang besar-besar sikit)
  • Untuk Isi:
  • 1/4 labu bawang besar
  • 4 biji cili (ubah ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1/4 biji tomato
  • Untuk Kuah:
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit air
  • Perahan air limau nipis (boleh diganti dengan tomato yang dihiris nipis-nipis/air asam jawa)
  • Sedikit minyak utk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Siang ikan – belah belakang badan ikan untuk disumbat .
  • Tumbuk hingga hancur semua bahan-bahan untuk isi.
  • Sumbatkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam bahagian perut dan belakang badan ikan.
  • Panaskan kuali dan goreng ikan dengan minyak sedikit (1-2 sudu). Paling-palingkan ikan sehingga masak.
  • Masukkan kicap dan air (ikut selera masing-masing sama ada nak kuah banyak atau sikit). Kalau guna tomato boleh masukkan sekali. Didihkan sebentar.
  • Siap utk dihidang!!
    (kalau guna limau nipis, perah atas hidangan yang sudah sedia dimakan)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending