Rempah utk memasak bubur pedas Sarawak. Rempah ini jg sesuai utk ibu2 yg sudah bersalin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade Bumbu Bubur Pedas Sarawak

Rempah utk memasak bubur pedas Sarawak. Rempah ini jg sesuai utk ibu2 yg sudah bersalin.

BAHAN-BAHAN

  • 1 pot kecil beras
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili kering (dibuang biji)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai (dihiris kecil)
  • 1 sudu mkn lada putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 50 gm kelapa parut
  • rempah 4 sekawan (1 kuntum bunga lawang, 1 kuntum bunga cengkih, 1 btg kulit kayu manis dan 1 biji buah pelaga)
CARA PENYEDIAAN
  • Setiap bahan di atas hendaklah digoreng tanpa minyak secara berasingan. Gunakan api perlahan shj dan goreng sampai keperangan(terutamanya beras dan kelapa parut)
  • Kemudian tumbuk/kisar(dgn pengisar serbuk) bahan2 tersebut sehingga lumat. Satukan semua bahan td dan kacau rata2.
  • Simpan di dlm bekas kedap udara sekiranya ingin menyimpan lama.
  • ***untuk memasak bubur pedas, sila rujuk resepi dayang di www.myresipi.com/top/detail/6477 atau rahman bestari di www.myresipi.com/top/detail/1130

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending