Masakan ni belajar dr mak mertua…..
biasanya utk tulang atau daging cincang..
tak pedas sangat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Masak Lompap

Masakan ni belajar dr mak mertua…..
biasanya utk tulang atau daging cincang..
tak pedas sangat.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging cincang @ tulang
  • 10 biji cili padi
  • kunyit hidup sebesar ibu jari
  • sebiji kelapa- diambil santannya
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur @ asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji ubi kentang
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus daging hingga empuk…nak senang guna periuk tekanan selama 30 minit.
  • Air rebusan jgn dibuang.Masukkan santan yg diperah.Santan yg diperah jgn terlalu cair .Hanya 2 kali perahan shj.
  • Cili padi ditumbuk bersama kunyit hidup hingga hancur.Masukkan sedikit garam supaya tak terpercik kedlm mata semasa menumbuk.Kalau nak senang,kisarkancili padi & kunyit bersama2 dgn sedikit santan tadi.
  • Serai dititik.
  • Masukkan cili padi yg ditumbuk tadi kedlm periuk berserta serai yg dititik.
  • Masukkan ubi kentang yg dibelah dua.
  • Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.Bila ubi kentang telah empuk bolehlah dipadamkan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending