untuk anak rantau yang teringin nak makan gulai darat tapi takde rempah gulai. resepi olahan dari internet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Gulai Darat Versi Perantau

untuk anak rantau yang teringin nak makan gulai darat tapi takde rempah gulai. resepi olahan dari internet.

BAHAN-BAHAN

  • Daging lembu dipotong kecil-kecil – saya guna dalam -/+ 350gram daging sahaja
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1/2 inci halia
  • 1-2 hiris kecil lengkuas – jangan banyak sangat,nnt payau
  • Sedikit serbuk kunyit / kunyit hidup
  • 1 sudu teh cili giling/boh
  • 1/2 biji bawang merah size sederhana dan 3 ulas bawang putih
  • Gula melaka/brown sugar/gula jawa secukup rasa – yang mana available
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 asam keping
  • 1/2 tin santan dan sedikit air
  • Garam secukupnya
  • Nota : Kesemua ini adalah bahan asas untuk gulai darat. Sukatan untuk bahan-bahan diatas boleh dikurang/diganda bergantung kepada kuantiti/jumlah daging.
CARA PENYEDIAAN
  • Ketumbar+jintan manis+halia+lengkuas+kunyit+cili+bawang merah + bawang putih +kerisik dikisar kering (tanpa guna air).
  • Perap daging dengan bahan-bahan yang dikisar kering dalam periuk. Biarkan sekejap.
  • Masak daging yang telah diperap sekejap tadi. Jangan tambah air kerana air daging akan keluar. Kacaukan daging dan biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan santan + gula + garam sedikit. Masukkan juga asam keping dan sedikit air. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging empuk dan kuah sudah pekat/kering sedikit. Jika kuah sudah pekat/kering tetapi daging masih belum empuk boleh tambah air sedikit dan biarkan hingga daging empuk dan kuah menjadi pekat/kering kembali.
  • Boleh tambah cili merah dan kacang panjang (kalau ada). Biarkan sekejap. Pastikan gulai cukup rasanya.
  • Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi dagang atau apa-apa nasi yang sesuai.
  • Selamat Mencuba! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending