Buat nie jap tadik pasal kesian dekat pisang yang dah nak mula nampak tak hensem..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana & Nut Crumble Muffin

Buat nie jap tadik pasal kesian dekat pisang yang dah nak mula nampak tak hensem..

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 tsp Baking Soda
  • 1 tsp Baking Powder
  • 1/2 tsp Garam
  • 3 Biji Pisang (besar kalau kecil double kan lah)
  • 3/4 Cawan Gula (suka manis tabah)
  • 1 Biji Telur (pukul lembut cam nak buta telur dadar)
  • 1/3 Cawan Butter dicairkan ( guna minyak masak pun boleh)
  • Ini Untuk Crumblenya :-
  • 1/2 cup Brown Sugar
  • 1 tbsp tepung
  • 1/8 tsp serbuk kayu manis ( tak dek tak pe)
  • 1 tbsp butter sejuk
  • 1/4 cawan kacang (hantam jek nak letak kacang apa2 sesedap rasa)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk buat base muffin tu. Campurkan semua bahan kering, macam Tepung, Baking Soda, Baking Powder, Garam dan Gula dalam satu mangkuk yang besar.
  • Kacau kan bahan kering tu biar semua nya sebati. pas tu buat lubang di tengahnya. Cam orang bancuh simen tu ler. Lebih kurang.
  • Okey. Pas tu bahan basah pulak. Pisang tu tadik di lecet kan. Ikut suka lah nak hancur ke separuh hancur ke.
  • Masukkan telur dan juga butter yg dicairkan tadi ke dalam pisang.
  • Sekarang masukan adunan pisang tadi ke dalam adunan kering. Kacau agak-agak sebati sahaja.
  • Jangan kacau lebih2 takut nanti muffin terkeras pulak.
  • Untuk Crumble tu senang aje campur semua bahan untuk crumble tu dalam satu bekas. dan ramas2 dengan hujung jari supaya butter tu sekata dan aduan terbentuk macam breadcrumb.
  • Dalam bekas muffin. Penuhkan 2/3 cup dengan adunan muffin. Pas tu taburkan Crumble di atasnya. Kalau suka banyak crumble. Tekankan crumble tu dengan lembut di atas adunan muffin tu.
  • Bakar dalam oven 200c selama 20-25 minit. Atau sehinnga masak dan kekuningan.Mengikut saiz muffin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending