Berdasarkan idea ayam panggang dan ayam percik lada hitam dari MyR dan blog lain.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam panggang asam pedas

Berdasarkan idea ayam panggang dan ayam percik lada hitam dari MyR dan blog lain.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ayam
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar rempah kari
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit halba
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Asam keping secukupnya
  • 2 cawan santan
  • Untuk lebih masam & hiasan, saya letakkan beberapa keping lemon, lobak merah dan tomato.
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas.
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga berbau wangi. Kalau suka masukkan sekuntum bunga lawang dan sedikit kulit kayu manis.
  • Masukkan cili gilling dan sedikit gula dan tumis sehingga garing.
  • Masukkan rempah kari dan tumis lagi. Hati-2 jangan sampai hangit.
  • Masukkan santan kacau perlahan jangan sampai naik minyak sehingga mendidih, masukkan ayam, disusuli asam keping. Masukkan sedikit garam.
  • Agak-agak ayam separuh masak angkat dan masukkan kedalam ketuhar yang telah dipanaskan. Saya panaskan ketuhar pada kepanasan 150 darjah sahaja. Ikut kesesuaian ketuhar tuan/puan.
  • Semasa memanggang ayam ini, saya hias dengan kepingan lemon yang dipotong nipis, sedikit lobak dan sebiji tomato. Ini adalah mengikut citarasa kita.
  • Bakar/panggang lebih kurang 45-60 minit atau sehingga ayam masak.
  • SELAMAT MENCUBA dan MENIKMATI HIDANGAN BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending