Bagaimana cara nak masak Ayam Bakar Berempah Ratus?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Bakar Berempah Ratus

Bagaimana cara nak masak Ayam Bakar Berempah Ratus?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 2 keping paha ayam 
  • 2 sudu makan minyak zaitun 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 2 inci halia 
  • (Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama)                  
  • 1 sudu makan madu 
  • 1 sudu makan serbuk kunyit 
  • 1 sudu makan cili kisar 
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Bahan Hiasan)
  • 2 biji kentang (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (dibelah 2) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan paha ayam dan kelarkan. 
    2. Masukkan semua bahan A kecuali ayam ke dalam mangkuk dan kacau rata. 
    3. Lumurkan bahan yang digaul ke seluruh bahagian ayam. 
    4. Susun ayam dan semua bahan B di dalam bekas pemanggang yang sudah disapu dengan minyak zaitun. 
    5. Tutupkan pemanggang dengan penutupnya. 
    6. Masakkan selama 25-30 minit sambil terbalikkan ayam sekali-sekala. 
    7. Masukkan ke dalam pinggan hidang dan curah sos yang terhasil semasa memanggang ayam. 
    8. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending