resepi ni kawan yg kasik….kalau nak cepat tu..selalu guna resepi ni….sedap sebab ada letak susu….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam tepung gandum

resepi ni kawan yg kasik….kalau nak cepat tu..selalu guna resepi ni….sedap sebab ada letak susu….

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 3/4 cawan gula ( saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
  • 1 paket yis mauripan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • pewarna ikut suka (saya guna sirap)
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 ayakkan tepung gandum besama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun tak pe)
  • satukan bahan ayak bersama dengan gula kedalam mangkok. gaul2 rata.
  • selepas itu buat lubang kat tengah2 bahan tadi dan masukkan yis mauripan.
  • masukkan air suam ditengah2 bahan tadi dan kacau2 yis bersama dengan air. kalau yis tu elok…dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau2 rata bersama dengan bahan2 lain sehingga sebati. ( jgn ada ketul tepung)
  • akhir sekali letak kan pewarna dan kacau2 rata. tutup mangkok dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama2 sebab kita pakai yis sepeket…nanti dia rasa masam.
  • panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.
  • boleh guna acu bulat2 atau loyang biasa. kalau guna loyang biasa, gris kan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong.
  • bila kukusan dah panas, boleh lah dikukus. kukus dalam 20 minit…atau lebih….
  • boleh dihidang bersama kelapa putih yg di kukus dengan garam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending