Kuih tradisional yang hampir dilupakan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Abok-Abok Di Rantau

Kuih tradisional yang hampir dilupakan…

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo biji sagu
  • 2 cawan kelapa parut
  • Gula melaka/gula perang secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci sagu dan toskan.
  • Gaulkan sagu dengan kelapa dan garam.
  • Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam mangkuk kecil tahan panas.
  • Masukkan gula melaka/gula perang ikut suka banyak.
  • Tutup dengan 2 sudu lagi campuran sagu dan ulang sampai habis… (boleh letak dalam loyang kalau tak mahu guna mangkuk kecil).
  • Kukus sehingga masak atau nampak sagu sudah berkilat.
  • ***Kalau ada daun pisang, gulung daun pisang bentuk ‘kon’ dan masukkan bahan seperti yang diterangkan, lipat dengan rapi dan kukus.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending