Categories: Tips & Petua

Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA

Menjelang musim perayaan ni, mesti ramai yang dah standby nak rebus nasi impit masa Hari Raya nanti kan?

Selain ketupat, nasi impit menjadi menjadi menu wajib untuk hari raya nanti. Pastinya untuk mendapatkan hasil yang elok, nasi impit perlu direbus lama. 

Memang setiap kali musim perayaan, menu ini pasti akan masuk dalam senarai juadah utama. Tapi, sekarang ni nak rebus nasi impit bila-bila masa pun boleh ikut selera masing-masing.

Baca juga: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni 

Cuma yang agak keberatan sikit untuk menyediakannya sebab proses merebus mengambil masa lama serta melibatkan penggunaan gas yang banyak. Memang bil elektrik melambung dibuatnya! Jenuh nak membayar.

Tak perlu risau dah, saudari Yuhafiqah Mohd Yunus ini sudi berkongsi petua bagaimana cara nak jimat gas dan elektrik walaupun boleh rebus nasi impit dengan stok yang banyak. 

Jom kita lihat apa petua yang beliau ingin kongsikan ini. Ringkas saja tapi kira berbaloi.


Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas Dan Elektrik

Cara-caranya:

1. Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit.

2. Masak selama 10 minit lepas itu tutup api.

3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit.

4. Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit.

Nota: Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker. Jika nasi impit itu banyak, guna periuk yang saiznya lebih besar.


Jadi untuk yang dah ada perancangan untuk buat menu berasaskan nasi impit selepas ini, boleh guna versi jimat jimat elektrik dan gas ini.

Iyelah, bukan semuanya ada pakej Rahmah nak bayar gas dan elektrik. Kena pandai berjimat, baru hati senang sebab kalau pakai periuk nasi pun lama jugakan kena rebus. Hiks! 

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago