rawat pokok kari

Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA.

Jika pokok kari yang ditanam mengalami masalah ini berikut antara cara yang boleh digunakan untuk merawat pokok berkenaan hasil perkongsian Berkebun D Rumah di laman Facebook.

Baca juga: Guna 5 ‘Tricks’ Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!

Namun begitu antara masalah biasa pokok kari bila dah makin rimbun adalah daunnya mudah diserang masalah bintik hitam. Kadang-kadang habis semua daun dijangkiti penyakit ini.

Pokok kari memang selalu digunakan dalam masakan, jadi ia antara yang selalu ditanam sekitar rumah.


PETUA RAWAT POKOK KARI BERBINTIK HITAM

rawat pokok kari

1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jika terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.

2. Selepas cantas, lakukan siraman seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan, kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.

3. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.

4. Selepas sebulan daun pokok akan semakin banyak, lakukan semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ia untuk elakkan kejadian sama berulang.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN