Memiliki alatan masakan daripada cast iron (besi tuang) merupakan salah satu pelaburan terbaik di dapur. Ia bukan sahaja tahan lasak, malah mampu mengekalkan kepanasan dengan sangat baik. Namun, tanpa penjagaan yang betul, kuali mahal ini mudah berkarat dan melekit.

Bagi memastikan kuali dan periuk cast iron anda sentiasa berkilat, tidak melekit (non-stick secara semulajadi), dan tahan hingga ke anak cucu, ikuti 4 langkah utama penjagaan ini:

1. CUCI DENGAN BETUL

Elak sabun berlebihan: Basuh kuali menggunakan air panas, berus lembut atau gunakan span khas. Elakkan menggunakan cecair pencuci pinggan yang terlalu banyak kerana ia boleh mengikis lapisan seasoning.

Jangan guna berus besi (steel wool): Ini akan merosakkan permukaan licin yang telah terbina.

Pantang utama: Jangan sesekali merendam cast iron dalam air atau memasukkannya ke dalam dishwasher. Air yang bertakung adalah punca utama karat!

2. KERINGKAN SERTA-MERTA

Lepas dibasuh, lap kuali hingga betul-betul kering menggunakan tuala bersih.

Petua ekstra: Letakkan kuali di atas dapur gas dengan api kecil selama 1-2 minit untuk memastikan semua kelembapan dan titisan air meruap sepenuhnya.

3. LAKUKAN PROSES ‘SEASONING’ (MELAPIS MINYAK)

Selepas kuali kering dan masih suam, titiskan sedikit minyak masak (minyak kelapa sawit, canola, atau minyak sayuran).

Ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali (depan, belakang, dan pemegang menggunakan tuala atau tisu)

Lap semula dengan tisu bersih sehingga permukaan nampak sedikit berkilat, tidak terlalu berminyak atau melekit. Lapisan nipis ini bertindak sebagai pelindung daripada karat dan membina permukaan non-stick.

4. SIMPAN DI TEMPAT KERING & ADA ALIRAN UDARA YANG BAIK

Simpan kuali dan periuk cast iron anda di tempat yang kering dan mempunyai peredaran udara yang baik.

Jika anda menimbun (stack) kuali, letakkan sehelai tisu di antara kuali untuk menyerap kelembapan dan mengelakkan calar.

Apa nak buat kalau kuali dah berkarat?

Jangan dibuang! Cast iron hampir mustahil untuk rosak sepenuhnya. Jika ada kesan karat, sental kawasan tersebut menggunakan cuka dan sedikit garam kasar, bilas, keringkan di atas api, dan lakukan proses seasoning semula sebanyak 2 hingga3 kali. Kuali anda akan kembali seperti baru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending