Ternyata, ada rahsia kuah soto ayam sedap yang anda boleh cuba. Boleh ikuti resipi soto yang lengkap dan mudah dari perkongsian Ezah Hazreen ini.
Soto ini mempunyai rasa yang kaya dan kuah yang terlajak sedap, sesuai untuk dinikmati di sepanjang hari. Jom kita mulakan dengan bahan-bahan dan langkah-langkah yang mudah diikuti.
Baca juga: Himpunan Resipi Menu Raya Untuk Rumah Terbuka, Mudah Dan Ringkas!
Bahan-Bahan Kuah:
Kisar Semua Bahan Bertanda (**)
Cara Penyediaan Kuah:
1. Tumis bahan-bahan dalam sup bunjut dengan minyak (kecuali sup bunjut).
2. Kemudian masukkan bahan kisar dengan serai yang diketuk.
3. Tumis sampai pecah minyak.
4. Kemudian masukkan rempah sup + kurma, tambah air jika takut hangus, masak sampai pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam hingga kecut.
6. Bila ayam dah kecut, masukkan air dan sup bunjut (Laraskan ikut citarasa, nak pekat atau cair sikit).
7. Setelah kuah mengelegak, masukkan 2 kiub ayam. Didihkan sampai isi ayam masak.
8. Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk seketika dan carik isi ayam.
9. Boleh perasakan kuah dengan Garam / Gula / Ajinomoto / Cukup Rasa.
Bahan-bahan Cili Kicap:
Cara Penyediaan Cili Kicap:
1. Goreng cili dan bawang putih seketika.
2. Kemudian kisar kesemua bahan tadi.
Bihun / Suhun Keropok Soto:
Cara Penyediaan Keropok Soto:
1. Panaskan minyak dalam Kuali sampai betul-betul panas.
2. Masukkan bihun/suhun sedikit.
3. Apabila mengembang, terus angkat.
Bahan tambahan lain:
Selamat mencuba foodies!
Baca juga: Resipi Golden Buttercake, Sesuai Buat Juadah Raya Kek Gebu Gebas Ini
Sumber: Ezah Hazreen
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…