Kuih Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek dan cuma digaul bersama tepung gandum dan sedikit garam.
Resipinya mudah sahaja tetapi harus pandai mengagak-agak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Semasa proses membentuk kuih, sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.
Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.
*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.
**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.
Kredit: Ju Mohammad
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…