Ternyata, ada rahsia kari utara lebih sedap dan lazat yang ramai orang tidak tahu. Rupa-rupanya, tak perlu letak santan dan hanya gantikan dengan bahan ini untuk lebih ‘kick’ dan padu.
Masakan kari dari negeri-negeri sebelah utara Malaysia seperti Penang, Kedah, dan Perlis telah lama menjadi kegemaran ramai dengan kepekatan kuahnya, kelembutan, dan cita rasanya yang unik. Bau harum kari ini bahkan boleh bertahan melekat di tangan selepas menyantapnya!
Baca juga: Selebriti Kongsi Tip Tahan Haus Ketika Puasa, Masukkan Ini Dalam Air Suam Masa Sahur
Bagi para ibu yang ingin mempelajari rahsia masakan kari yang sedap ala negeri-negeri utara, terdapat beberapa petua yang boleh dicuba seperti yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairi dari laman Facebook ini.
RAHSIA KARI UTARA LEBIH SEDAP
Tips Memasak Kari.. Biasanya, masakan kari dari negeri-negeri utara memang lazat. (saya tidak pasti tentang negeri-negeri lain kerana tidak pernah merasainya) jangan marah ya.
1. Tanpa Santan
Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk mendapatkan cita rasa yang lemak.
Kari yang enak akan mengeluarkan minyak di atas permukaannya. Ini menunjukkan kari telah ditumis sehingga rempah benar-benar masak.
2. Petua untuk menyediakan Kari Yang sedap
- Rempah Kari Kering: Rempah ditumis kering dan dikacau selama 1-2 minit sebelum dimasukkan sedikit air dan api diperlahankan. Selepas minyak keluar, masukkan daun kari.
- Kuantiti Minyak: Menumis kari memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Selain memberi aspek estetika yang menarik, rasa kari juga lebih sedap.
- Hirisan Bawang: Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
- Halba Campur: Campuran halba adalah penting dalam kari, memberi aroma yang khas.
- Pecah Minyak: Langkah ini penting semasa menumis rempah. Pastikan rempah ‘pecah minyak’ atau ada yang menyebutnya sebagai ‘naik minyak’. Pastikan minyak timbul di atas permukaannya sebelum memasukkan ikan dan beras yang disangai. Ketika menumis rempah, pastikan untuk memasak dengan api perlahan sehingga minyak keluar.
- Asam Jawa: Selepas pecah minyak, masukkan asam jawa atau asam keping. Rasa kuah kari ikan utara memang agak masam berbanding dengan jenis kari lain. Pastikan rasa garam juga seimbang. Yang penting, biarkan sedikit keasaman untuk cita rasa yang lebih ‘power’.
3. Terakhir, masukkan bendi dan tomato untuk menambah cita rasa kuah. Kari utara sudah siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Ieda Zairi
Baca juga: Tip Nasi Ayam Lebih Harum, Lembut Dan Gebu. Ratah Saja Pun Dah Sedap!