rahsia ayam goreng

Rupa-rupanya ada rahsia ayam goreng sedap sampai ke tulang. Ayam goreng kalau nak sedap selalu buat salutan tepung. Ayam goreng jadi rangup.

Tapi ada lagi satu cara yang mudah tak perlu bancuh tepung untuk buat ayam goreng yang sedap. Hasilnya, ayam goreng yang digaul dengan bahan ini memang akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam.

Baca juga: Ayam Goreng Ketumbar, Memang Sedap, Wangi Dan Rangup Krup Krap!

Untuk membuat ayam goreng yang sedap sampai ke tulang, anda boleh ikuti petua dari perkongsian Lebai Kudin ini. 


RAHSIA AYAM GORENG SEDAP SAMPAI KE TULANG

rahsia ayam goreng

Rahsia keenakan ayam goreng hingga ke tulang ialah “brine” atau rendam ayam dalam air garam.

1. Guna 3 sudu garam untuk seekor ayam, sebaiknya garam bukit untuk rasa lemak masin.

2. Cucuk2 daging ayam dengan garfu supaya garam meresap ke dalam.

3. Rendam 6 ke 12 jam atau semalaman dalam chiller untuk ayam goreng yang “moist” dan lembut.

4. Toskan ayam, salut tepung gorengan ayam dan goreng jeluk atau deep fry api sederhana 10 ke 15 minit ikut kuantiti ayam.


Anda boleh menikmati ayam goreng yang lazat ini dengan nasi, sayur-sayuran segar atau sos cili mengikut citarasa anda. Semoga bahan dan langkah di atas membantu anda membuat ayam goreng yang sedap hingga ke tulang!

Selamat mencuba.

Sumber: Lebai Kudin

Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN