Categories: Resipi

Resipi Pulut Pagi Kacang Merah, Makan Dengan Kelapa Parut Memang Terasa Lemak Masinnya!

Pulut pagi antara makanan sarapan yang terkenal di Kelantan. Bagi orang Kelantan, memang tak sah kalau tak makan pulut pagi untuk sarapan. Pulut yang manis dipadankan dengan kelapa muda parut yang lemak-lemak masin, memang sedap sangat!

Tapi bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, memang susah nak jumpa orang jual pulut pagi ini. Kalau ada pun, jarang sangat! Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

RESEPI PULUT PAGI KELANTAN

Bahan-bahan pulut:

  • 500g beras pulut (rendam semalaman, tapi kalau nak cepat, rendam 2 jam pun boleh)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 4 sudu besar gula putih
  • 1 sudu besar air kapur (optional, tak nak letak pun tak apa, sebab kadang-kadang beras pulut ini lembik. Air kapur membantu supaya beras tak terlalu lembik)
  • Daun pandan
  • Air secukupnya

Cara masak pulut:

  1. Kukus pulut hingga masak, lebih kurang 25 minit.
  2. Dalam periuk lain, masak air serai, gula putih, air kapur dan segelas air. Masukkan daun pandan.
  3. Bila semua bahan dah hancur dan sebati, tutup api dan biarkan seketika.
  4. Bila pulut dah masak, angkat dan gaul dengan air nisey (air gula serai) hingga sekata.
  5. Biarkan seketika dalam 10 minit, kemudian kukus semula hingga pulut masak sepenuhnya.

Bahan-bahan kacang merah:

  • 300g kacang merah (rendam terlebih dahulu)
  • 500ml air
  • 2 sudu besar gula merah
  • Sedikit garam

Cara buat kacang merah:

  1. Rebus kacang merah bersama air hingga empuk.
  2. Jika kacang masih keras dan air hampir kering, tambah sedikit lagi air.
  3. Bila kacang dah empuk dan air hampir kering, masukkan gula merah dan kacau rata. Biarkan hingga sebati dan tutup api.
  4. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan kelapa parut:

  • Kelapa parut (pastikan yang putih dan bukan kelapa tua sangat)
  • Sedikit garam

Cara-cara buat kelapa parut:

  1. Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam.
  2. Kukus kelapa seketika supaya tidak cepat basi.

Kredit: Kunije Tnije

Baca juga: Resipi Kuih Bom Inti Kacang Merah, Dijamin Tak Meletup Bila Goreng!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago