Pulut Kacau mempunyai nama yang unik dengan rasa yang sangat klasik, biasanya orang dulu-dulu yang suka buat pencuci mulut ini.
Orang yang berasal dari negeri di bahagian utara Semenanjung Malaysia memanggilnya Pulut Kacau, tapi jika di negeri lain, ia disebut sebagai wajik.
Afeefah Ahmad telah kongsikan resipi di Facebook yang diperoleh daripada ibunya, siap ada petua untuk diikut. Jom cuba!
Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tak Letak Santan Pun Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Basuh bersih beras pulut wangi dan rendam dalam masa 2 jam ke atas, kemudian toskan.
2. Selepas itu, kukus dahulu sehingga pulut kembang, kemudian ketepikan.
3. Masak air gula dengan gula merah hitam dalam kuali, tambahkan secawan air. Letak daun pandan supaya lebih wangi. Setelah masak, tapiskan.
4. Guna kuali lain, masak santan segar bersama air gula yang telah ditapis tadi sehingga betul-betul pekat.
5. Setelah pekat, masukkan pulut yang telah dikukus tadi, tapi jangan tutup api dapur dahulu, cuma perlahankan saja.
6. Ratakan pulut dan gaul dalam kuali sehingga pulut sebati dengan air gula santan tadi.
7. Setelah nampak pulut rata, barulah tutup api dapur dan tuang dalam bekas. Siap untuk dinikmati!
Ini antara petua memasak Pulut Kacau yang dikongsikan oleh Afeefah Ahmad daripada ibunya:
Selamat mencuba!
Sumber: Afeefah Ahmad
Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…