Gambar-gambar puluhan kampit beras, tin sardin, dan tepung yang dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum di sini telah menjadi viral sejak petang semalam.
Menurut Buletin Utama, kesedaran terhadap gambar-gambar tersebut diperoleh selepas beberapa pengguna media sosial Facebook dan TikTok kebetulan melalui laluan tersebut dan memuat naik gambar-gambar tersebut.
Berdasarkan video tular, dapat kelihatan juga ada barang-barang lain seperti tin sardin dan tepung yang turut dibakar.
Baca juga: Kenali Warna Kod Beras Yang Ada Di Pasaran Malaysia, Baru Tahu!
PULUHAN KAMPIT BERAS, SARDIN, TEPUNG DIBUANG TULAR
Dari gambar-gambar tersebut, tindakan pembakaran barangan tersebut telah diambil oleh sesetengah pihak.
Makanan-makanan tersebut dipercayai dibuang kerana telah luput tarikh dan telah rosak akibat daripada penyimpanan yang terlalu lama.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, belum ada pihak yang mengaku atau menafikan dakwaan berkenaan.
Pada masa yang sama, tindakan tersebut telah menyebabkan salah satu punca mengapa bekalan beras putih tempatan (BPT) menjadi kurang di pasaran sekarang.
Baca juga: Tip Bungkus Beras TAHAN LAMA Untuk Simpanan Darurat
Sumber: Buletin Utama