Siapa penggemar manisan yang sedap seperti dadih, anda boleh cuba satu resipi baru iaitu puding sumi. Gabungan puding berlemak serta manis sumi, memang ngam.
Kalau buat secara banyak, anda boleh letak dalam bekas kecil yang comel dan sejukkan. Senang kalau nak makan sambil menonton filem kegemaran.
Puding ini juga senang untuk disediakan jika anda merancang untuk menyambut majlis hari jadi anak-anak. Pasti mereka suka!
Jom baca resipi oleh Masliza Mahmud menerusi laman sosial Facebook milik beliau.
Baca juga: Cara Buat Manisan Sedap Guna Belimbing Buluh, Sebijik Macam Kismis!
RESIPI PUDING SUMI
Bahan-bahan:
- Agar-agar tali 20 gram (rendam 10 minit)
- 3 tin air
- Setengah tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard + setengah cawan air
- Secubit garam
- Sumi
Cara Penyediaan:
1. Masak agar-agar yang telah direndam sehingga larut sepenuhnya.
2. Masukkan susu pekat, susu cair, garam, dan campuran tepung kastard. Kacau hingga sebati.
3. Kacau campuran tersebut selama 5 minit sehingga mendidih. Tutup api.
4. Tuang campuran puding ke dalam acuan pilihan anda.
5. Masukkan sumi ke dalam campuran puding yang masih panas.
6. Biarkan puding sejuk sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Masliza Mahmud
Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Guna 4 Bahan Saja Tapi Lemak Berkrim!