Categories: Resipi

Resipi Puding Santan Durian, Guna Roti & Agar-Agar Memang Dapat Hasil Cantik!

Musim durian sudah tiba, memang seronok jika dapat makan durian puas-puas. Jika ada isi durian lebih dan nak makan pencuci mulut segar, boleh buat Puding Santan Durian.

Puding Santan Durian mempunyai tekstur halus, rasa durian wangi pekat, ditambah pula dengan santan lemak berkrim. Apabila makan dalam keadaan sejuk, memang puas hati.

Zura Zul telah kongsikan resipi Puding Santan Durian di Facebook yang sangat mudah dibuat dan hasilnya cukup lembut serta terasa cair dalam mulut. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Simpan Durian Dalam Peti Sejuk, Dah Setahun Pun Sedapnya Tak Hilang

RESIPI PUDING SANTAN DURIAN

Bahan A (lapisan durian):

  • 10g agar-agar tali
  • 1½ cawan air
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu besar minuman berperisa durian
  • 1 keping roti
  • 2 hingga 3 ulas isi durian (ikut saiz dan rasa)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 tin susu cair

Cara-cara menyediakan bahan A:

1. Kisar roti, isi durian, susu pekat dan susu cair sampai halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agar tali bersama air sampai larut sepenuhnya.

3. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.

4. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau rata.

5. Masukkan juga perisa durian. Biarkan ia masak seketika atas api sederhana.

6. Setelah semuanya sebati dan mendidih ringan, tuang ke dalam acuan bersaiz 8×8 inci atau acuan kegemaran anda.

7. Biarkan lapisan ini separuh beku sebelum menuang lapisan kedua.

Bahan B (lapisan santan):

  • 10g agar-agar tali
  • 2½ cawan air
  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 kotak santan (200ml)
  • Sedikit esen vanilla (jika suka)
  • 1 sudu kecil minuman berperisa durian

Cara-cara menyediakan bahan B:

1. Campurkan telur, santan, perisa durian dan esen vanila (jika guna) dalam mangkuk. Kacau perlahan sampai sebati, tak perlu kisar.

2. Masak agar-agar tali dengan air sampai larut.

3. Masukkan gula, kacau sampai larut sepenuhnya.

4. Tuangkan campuran santan tadi ke dalam agar-agar yang sedang dimasak.

5. Kacau tanpa henti dan biar masak sampai adunan membuak naik dan kelihatan mendidih betul-betul (penting untuk pastikan santan masak elok).

6. Perlahankan api, kemudian tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan durian tadi.

7. Sejukkan sepenuhnya dalam peti sejuk selama 2 jam atau lebih.

Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Puding Roti Durian, Bila Makan Masih Terasa Isi Durian Yang Asli

Aimi

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

18 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago