puding roti kuah kastardPencuci mulut kegemaran ramai ketika berkumpul bersama yang tersayang mestilah puding roti kuah kastard. Cara nak buat tersangatlah senang dan cepat.

Ada setengah yang gemar puding roti itu dibakar terlebih dahulu dan ada yang suka jika dikukus. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Tetapi, untuk entri kali ini kami akan kongsikan resipi oleh Cik Puan Nur Aqilah Jufri yang menggunakan kaedah membakar.

Jom baca!

Baca juga: Seri Muka Durian Sukatan Cawan, Masuk 4 Sudu Bahan ‘Rahsia’ Ini Untuk Hasil Cantik!

RESIPI PUDING ROTI KUAH KASTARD

Bahan-bahan:

Puding Roti:

  • 1 bantal besar roti putih (muat loyang 10″)
  • 1 tin susu cair atau 1 kotak besar susu segar
  • 7 sudu besar gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Butter atau majerin
  • 100g kismis

Cara-cara Membuat Puding Roti:

1. Potong roti kepada 4 bahagian setiap keping.

2. Sapu majerin pada setiap potongan roti dan susun roti dalam loyang hingga habis.

3. Dalam bekas lain, masukkan susu cair atau susu segar, gula pasir, telur, dan esen vanila. Kacau hingga gula larut.

4. Tuangkan adunan susu ke dalam loyang berisi roti. Tekan-tekan roti supaya menyerap adunan.

5. Letakkan kismis sebagai hiasan di atas roti.

6. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 30 – 40 minit, bergantung kepada jenis oven masing-masing.

Kuah Kastard:

  • 1 tin susu cair atau susu segar (gunakan lebihan dari adunan roti)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 sudu besar tepung kastard
  • 800ml air putih
  • Secubit garam

Cara-cara Membuat Kuah Kastard:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk (jangan buka api dulu).

2. Kacau adunan hingga semuanya larut, barulah buka api.

3. Sentiasa kacau adunan untuk mengelakkan ia berketul-ketul.

4. Kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat, kemudian tutup api. Pastikan kuah tidak terlalu pekat.

puding roti kuah kastard

Topping:

  • Blueberry
  • Strawberry
  • Kismis

Sumber: Nur Aqilah Jufri

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN