puding roti kastard

Jika teringin makan sesuatu yang manis, rangup dan lazat, kami cadangkan anda buat saja Puding Roti Kastard. Sekarang, ramai yang suka buat pencuci mulut ini di rumah tau.

Perkongsian resipi Puding Roti Kastard yang dibuat oleh Melati Desa di Facebook begitu menarik sampaikan ramai terliur melihat hasilnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

RESIPI PUDING ROTI KASTARD

puding roti kastard

Bahan-bahan untuk puding roti:

  • 8 hingga 10 keping roti
  • 2 cawan susu segar atau susu kotak dutch lady
  • 4 sudu besar gula halus (gula pasir pun boleh)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin (cairkan)
  • 1 kotak kecil kismis (ikut suka nak letak banyak mana)

Bahan-bahan untuk sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • ¼ tin air (guna tin susu cair tadi, saya letak 1 cawan air)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula halus (gula pasir pun boleh)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara penyediaan puding roti:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas, kemudian kacau sebati. Nak guna mixer pun boleh, tapi jangan sampai kembang (saya guna whisk saja).

2. Sapu loyang dengan minyak atau marjerin.

3. Carikkan roti dalam 3 atau 4 bahagian atau ikut suka berapa bahagian, dan masukkan dalam loyang.

4. Curah campuran susu, gula, telur dan esen vanilla tadi atas roti di dalam loyang.

5. Tekan-tekan sedikit supaya kuah meresap dan curah marjerin yang dicairkan tadi di atas, kemudian selak-selak supaya masuk celah-celah roti.

6. Tinggalkan sedikit atas permukaan supaya roti jadi rangup dan sedap serta jangan lupa tabur kismis di atasnya.

puding roti kastard

7. Bakar dengan suhu 180ºC selama 35 minit, kemudian naikkan suhu kepada 200ºC dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit untuk hasil yang lebih mantap. Siap!

Cara-cara penyediaan sos kastard:

1. Satukan semua bahan di dalam periuk.

2. Kacau sehingga sebati dahulu, kemudian baru letak atas api.

3. Guna api sederhana dan kacau sehingga pekat lebih kurang 5 hingga 7 minit atas api. Jika pekat sangat, tambah air panas supaya cair sedikit dan pastikan kacau tak berhenti. Siap!

Bahagian luar Puding Roti Kastard ini begitu rangup dan dalamnya sungguh lembut, ditambah pula dengan kuah kastard yang pekat likat pasti membuatkan anda puas menikmatinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Melati Desa

Baca juga: Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN