Semua orang di serata dunia sukakan puding sebagai pencuci mulut dan paling disukai ramai semestinya Puding Mangga Susu yang sangat lazat.
Puding Mangga Susu adalah pencuci mulut yang paling mudah dibuat dan ramai suka menikmatinya bersama keluarga di rumah.
Melalui video perkongsian di YouTube, Basickeli telah tunjukkan resipi dengan langkah demi langkah untuk membuat Puding Mangga Susu yang sangat mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!
RESIPI PUDING MANGGA SUSU
Bahan A:
- 2 cawan air
- 2 sudu kecil serbuk agar-agar (berbukit)
- ¼ cawan gula pasir
- 200ml susu cair
- 230g mangga yang dikisar
Bahan B:
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu kecil serbuk agar-agar (berbukit)
- ¼ cawan gula pasir
- Secubit garam
- 100ml susu cair
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, buat adunan bahan A dahulu. Jerangkan sedikit air dan masukkan serbuk agar-agar, gula pasir, susu cair (supaya rasa lemak), kemudian kacau semuanya sehingga sebati.
2. Seterusnya, masukkan mangga yang telah dikisar dan gunakan whisk untuk kacau supaya larut dengan lebih baik, kemudian biarkan atas api dapur yang kecil.
3. Sementara itu, boleh buat adunan bahan B pula. Campurkan susu segar dan serbuk agar-agar, gula, garam dan susu cair, kemudian masak sehingga sebati.
*Jangan lupa untuk sentiasa kacau kedua-dua adunan supaya tak berketul.
4. Tutup api, tapiskan adunan bahan A dan B, kemudian masukkan kedua-dua adunan ke dalam bekas secara asing-asing dan selang seli jika nak nampak bercorak.
5. Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam, kemudian boleh potong. Siap untuk dinikmati!
Tekstur Puding Mangga Susu ini sangat lembut dan ringan di mulut, ditambah pula dengan mangga yang cukup asli, terasa lemak dan manis.
Bukan setakat sesuai dijadikan sebagai menu pencuci mulut untuk sebarang majlis, malah Puding Mangga Susu ini merupakan idea potluck yang terbaik.
Selamat mencuba!
Sumber: Basickeli
Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya