Resipi Puding Gula Hangus atau nama lainnya puding karamel merupakan sejenis pencuci mulut yang sangat disukai ramai. Teksturnya yang mencair di mulut sangat sedap dimakan sejuk-sejuk.
Puding ini tidak boleh diterbalikkan waktu masih panas, nanti hancur jadinya. Pastikan sejuk dulu baru diterbalikkan. Pencuci mulut ini boleh kita temui di pasar malam dan sangat sinonim dijual dibazar ramadan.
Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak
Menjelang bulan puasa, yang tak sempat masak dirumah untuk juadah berbuka puasa, pasti singgah ke bazar untuk membeli lauk berbuka puasa dan mencari manisan seperti puding dan macam-macam lagi.
Dessert kali ini dibuat dalam bekas mini supaya anak-anak lebih mudah nak makan dan tak berebut. Pembaziran pun tak akan berlaku sebab portionnya yang kecil.
Resipi puding gula hangus ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Shafikah Mohd Rusli. Jenis pemanis mulut ini sangat sesuai juga dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung kerumah kita.
Sazi mini macam ini senang nak makan dan tak ada berebut, tak cepat basi sebab usik-usik. Jom cuba.
Jumlah bekas: 20 cup
Bahan-bahan:
Bahan gula hangus:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, cairkan dahulu gula hangus dengan api kecil. Lagi gelap lagi cantik tapi jangan terlalu lama nanti pahit.
2. Dah tukar warna, masukkan air dan kacau rata. Tutup api dan boleh letak ke dalam bekas mini terus untuk sejukkan.
3. Untuk bahan puding pula, satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
4. Jika taknak guna periuk, nak terus kisarkan terus guna blender pun boleh. Jangan blend sampai ia berbuih.
5. Kemudian, dah boleh masukkan bahan puding tadi ke dalam bekas mini yang dah diletakkan gula hangus.
6. Kukus ke semua bekas mini tersebut kira-kira 20 hingga 30 minit. Lepas kukus, boleh sejukkan di dalam peti sejuk.
7. Dah nak masuk waktu berbuka, dah boleh keluarkan dan siap untuk dihidang!
Lagi sejuk lagi sedap puding ni. Penggunaan esen vanilla tadi dapat menghilangkan bau hanyir pada telur dan bau puding pun sedap dan wangi.
Kepada mereka penggemar puding gula hangus, boleh mencubanya secara homemade. Tak perlu beli diluar lagi. Lebih jimat buat sendiri. Nak makan bila-bila masa pun boleh.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…