Categories: Resipi

Puding Biskut Cream Cracker Kukus, Macam Tak Percaya Bila Tengok Hasilnya

Ramai yang sudah biasa makan kek dan aiskrim sebagai pencuci mulut di rumah. Kali ini, kami nak ajak anda cuba sesuatu yang lain untuk buat Puding Biskut Cream Cracker pula.

Susah nak percaya, tapi memang ada resipi puding menggunakan biskut iaitu Puding Biskut Cream Cracker yang telah dikongsikan oleh Leeina Qaliena di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya

RESIPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER

Bahan-bahan:

  • 15 keping biskut cream crackers cap ping pong (boleh juga guna biskut tawar yang timbang kilo)
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu gula (sukat guna tin susu cair, saya letak 150gm sesedap rasa)
  • ½ tin susu air sejuk (sukat guna tin susu cair, lebih kurang 200ml)
  • 6 biji telur gred A/B
  • 1 sudu teh esen vanilla (tak letak pun tak apa, tak hanyir telur, jika letak rasa lebih sedap)
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula pasir

Cara-cara membuat puding biskut cream cracker:

1. Mula-mula, masak gula pasir tanpa air dalam loyang sehingga menjadi gula hangus, ratakan di dasar loyang dan ketepikan.

2. Kemudian, ramas hancur biskut dan ketepikan juga.

3. Seterusnya, pecahkan telur satu demi satu ke dalam piring dan buang ketulan beku yang berwarna putih untuk mengelakkan rasa atau berbau hanyir telur.

4. Selepas itu, masukkan telur tadi ke dalam mangkuk besar. Pukul bersama gula dan garam sehingga kembang (boleh juga guna mesin pengisar) serta masukkan esen vanilla (saya tak letak)

5. Selanjutnya, masukkan susu cair dan mix lagi. Kemudian, masukkan air sejuk dan mix seketika.

6. Masukkan biskut yang telah diramas tadi dan kacau mesra.

7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dimasak gula hangus tadi (jika suka, boleh taburkan kismis di atasnya).

8. Akhir sekali, kukus selama 40 hingga 45 minit atau sehingga masak (check guna lidi seperti check kek). Setelah sejuk, terbalikkan ke dalam dulang. Siap untuk dihidang!

Bayangkan dengan menggunakan biskut saja, anda dapat hasilkan Puding Biskut Cream Cracker yang lembut dan lazat untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Leeina Qaliena

Baca juga: Cara Buat Puding Coklat Cream-O Yang Cantik Menawan, Serius Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago